1. Dengan pengislaman Abu Sufian dan Abbas,orang Arab Quraisy yang lain turut memeluk agama Islam.Nabi Muhammad s.a.w memberi jaminan keselamatan kepada mereka telah menjadi faktor utama kepada kejayaan pembukaan semula kota Makkah.
2. Nabi Muhammad bertawaf (mengelilingi sambil berdoa) tujuh kali mengelilingi Kaabah dan juga berpidato dengan membaca ayat al-Quran yang mementingkan perpaduan dalam sseebuah masyarakat.
3. Amalan sifat pemaaf menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam.Nabi Muhammad s.a.w memaafkan orang Arab Quraisy yang salamanya memusuhi Islam.
4. Islam menggantikan agama menyembah berhala yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.
5. Kota Makkah merupakan kota suci umat Islam.Dengan adanya Kaaba,kota Makkah menjadi tumpuan kesemua umat Islam dari seluruh dunia untuk beribadat.
6. Peristiwaan pembukaan semula kota Makkah dikatakan sebagai pembukaan jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.
7. Nabi Muhammad s.a.w tetap menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam,manakala Makkah ialah salah sebuah wilayah Islam.
8. Nabi Muhammad s.a.w telah berpesan kepada umat Islam bahawa bagiga telah meninggalkan pusaka(al-Quran dan sunnah) tadak akan menjadikan mereka sesat sebelum wafat (mati).
9. Nabi Muhammad s.a.w wafat (mati) pada tahun 632 M. bersamman 11 H.
Tuesday 31 July 2012
Pembukaan Semula Kota Makkah
Pembukaan Semula Kota Makkah
1. Kota Makkah ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan juga tempat kelahiran agama Islam.
2. Pada tahun 622 M. Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah kerana dakwah Islamiah tidak diterima sepenuhnya oleh orang Quraisy.
3. Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendirikan kerajaan Islam dan akhirnya dapat menguasai semula kota Makkah pada tahun 630 M.
4. Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikhuatiri oleh orang Quraisy.Al-Abbas dan ketua Arab Quraisy,Abu Sufian memeluk Islam bukan kerana menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini.
5. Nami Muhammad s.a.w menyediakan empat pasukan tentera iaitu pasukan Khalid bin al-Walid,Abu-Ubaidah al-Jarrah,Saad bin Ubadah dan Zubair bin al-Awwan.Kempat-empat pasukan tentera masuk ke Makkah dari arah yang berlainan iaitu utara,selatan,barat dan barat daya.Taktik ini telah membawa kejayaan.
Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah:
- Orang Islam berpeluang menunaikan haji yang memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan beribadat di Kaabah.
- Nabi Muhammad s.a.w boleh merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.
- Suku Arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai tanpa halangan daripada mana-mana pihak.
- Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi.
- Persetujuan orang Arab Quraisy menunjukkan mereka telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
- Orang Quraisy mencabulinya dan hal ini telah menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah.
Saturday 28 July 2012
Kandungan
Perjanjian Hudaibiyah
1. Bersetuju untuk mengadakan gencatan
senjata
selama 10 tahun.
2. Kabilah Arab lain bebas memihak samada kepada orang Islam
Madinah atau orang Quraisy Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran
penjaganya tidak perlu dipulangkan.
4. Orang Islam Makkah yang memihak ke Madinah tanpa
kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun
berikutnya iaitu 7 Hijrah.
Peristiwa-peristiwa penting yang menyebabkan
termeterainya Perjanjian Hudaibiyah
·
Pada tahun 628 M., Rombongan orang Islam ke Makkah untuk menunaikan umrah.
· Mereka disekat di Hudaibiyah. Nabi Muhammad s.a.w menghanr Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan
tujuan kedatangan mereka.
·
Orang Islam mendengar khabar angin kematian Uthman telah bersumpah setia, yang dikenali sebagai “Baiah al-Ridwan” Orang Arab Quraisy menemui Nabi Muhammad s.a.w.
·
Nabi Muhammad s.a.w bersedia mengadakan perjanjian dan perjanjian
termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w (Islam) dengan Suhail
bin Amru (Quraisy).
Perjanjian Hudaibiyah
► Bilakah
termeterai perjanjian Hudaibiyah?
1. Pada tahun 628 M bersamaan 6 Hijrah
► Apakah peristiwa-peristiwa penting
yang membawa kepada termeterai Perjanjian Hudaibiyah?
1. Orang Islam
bercadang menziarahi kota Makkah.
2. Hasrat
murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang juga ingin
mengerjakan umrah.
3. Orang
Islam Madinah telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah,
kerana merasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan kekuatan orang
Islam.
4. Nabi
Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan
sebenar kedatangan mereka.
5. Orang
Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah berikrar dan
bersumpah setia "Baiah al-Ridwan".
6. Orang
Quraisy menemui Nabi dan baginda menghantar Suhail bin Amru untuk berunding,
setelah kata sepakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah.
► Mengapakah
Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah?
1. Menerangkan
tujuan sebenar kedatangan orang Islam ke Makkah iaitu untuk mengerjakan umrah.
► Apakah
faktor-faktor Nabi Muhammad s.a.w. memilih Uthman bin Affan ke Makkah untuk
berunding sekatan ke atas orang Islam di Hudaibiyah?
1. Uthman mempunyai ramai saudara mara di
Makkah.
2. Sahabat nabi yang matang dan tua
berbanding sahabat lain.
3. Sifatnya yang lemah lembut dan
bertolak ansur.
Penyebaran Islam
Pembentukan
kerajaan Islam di Madinah pada tahun 622M. telah menimbulkan perasaan iri hati di
kalangan orang Arab Quraisy. Mereka mula mencari sokongan
daripada orang Yahudi dan penduduk Arab di sekitar Tanah Arab agar menghapuskan Kerajaan
Islam.
Nabi Muhammad s.a.w telah berhati-hati menghadapi tindak-tanduk orang Arab
Quraisy.
► Bagaimanakah Nabi Muhammmad s.a.w.
menyebarkan agama Islam di Madinah?
1. Menghantar
perutusan ke
Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah sekitar Semenanjung Tanah
Arab.
2. Menggunakan diplomasi dan
menunjukkan nilai-nilai
yang baik
dalam menyebarkan Islam.
3. Menyeru untuk
memeluk Islam melalui warkah sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. menghantar warkah
kepada Maharaja Rom Timur.
4. Mewujudkan
persefahaman
dengan wilayah-wilayah luar.
► Senaraikan peperangan mengikut urutan
antara orang Islam di Madinah dengan puak Quraisy Makkah.
1. Perang
Badar pada tahun 624M./2H.
2. Perang
Uhud pada tahun 625M./3H.
3. Perang
Khandak pada tahun 627M./5H.
4. Perang
Tabuk pada tahun 630M./8H.
► Apakah prinsip-prinsip peperangan
mengikut ajaran Islam?
1. Peperangan
dibenarkan bertujuan untuk mempertahankan agama, maruah
diri
dan negara.
2. Boleh
dilakukan dengan keizinan Allah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.
3. Allah
membenarkan orang Islam berperang apabila
mereka diserang oleh
musuh.
4. Berperang
untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat
terpelihara.
5. Peperangan
dalam Islam adalah untuk menentang kezaliman
dan mempertahankan diri.
6. Orang
Islam harus memilih perdamaian, seandainya musuh Islam inginkan perdamaian.
7. Tentera Islam
yang berjuang di medan peperangan dilarang membunuh orang
yang lemah seperti orang tua, kanak-kanak, wanita yang sakit dan orang yang
menyerah diri.
8. Tidak
dibenarkan memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tanaman dan binatang ternakan.
9. Dilarang
merobohkan tempat ibadat musuh.
10. Tawanan wanita
dan kanak-kanak perlu dibebaskan sementara tawanan lelaki diberikan syarat
untuk membebaskan diri mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)