Monday 16 July 2012


KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

                                                    Gambar Madinah
Madinah terletak di Utara Makkah. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah perjalanan antara Makkah dan Syam mendorong pedagang luar mengunjunginya. Terdapat tiga golongan penduduk di Madinah , iaitu Nasrani, Yahudi dan Arab.Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Qunaiqa' dan Bani Nadhir. Golongan Arab pula terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Suasana kehidupan di Madinah kurang aman disebabkan oleh pergeseran yang berlaku antara suku Arab dan penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi.           

No comments:

Post a Comment