Saturday 28 July 2012


Penyebaran Islam
     
   Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pada tahun 622M. telah menimbulkan perasaan iri hati di kalangan orang Arab Quraisy. Mereka mula mencari sokongan daripada orang Yahudi dan penduduk Arab di sekitar Tanah Arab agar menghapuskan Kerajaan Islam. Nabi Muhammad s.a.w telah berhati-hati menghadapi tindak-tanduk orang Arab Quraisy.               

 Bagaimanakah Nabi Muhammmad s.a.w. menyebarkan agama Islam di Madinah?

1. Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah sekitar Semenanjung Tanah Arab.
2. Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik dalam menyebarkan Islam.
3. Menyeru untuk memeluk Islam melalui warkah sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. menghantar warkah kepada Maharaja Rom Timur.
4. Mewujudkan persefahaman dengan wilayah-wilayah luar.

 Senaraikan peperangan mengikut urutan antara orang Islam di Madinah dengan puak Quraisy Makkah.

1. Perang Badar pada tahun 624M./2H.
2. Perang Uhud pada tahun 625M./3H.
3. Perang Khandak pada tahun 627M./5H.
4. Perang Tabuk pada tahun 630M./8H.

 Apakah prinsip-prinsip peperangan mengikut ajaran Islam?

1. Peperangan dibenarkan bertujuan untuk mempertahankan agama, maruah diri dan negara.
2. Boleh dilakukan dengan keizinan Allah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.
3. Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh.
4. Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terpelihara.
5. Peperangan dalam Islam adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
6. Orang Islam harus memilih perdamaian, seandainya musuh Islam inginkan perdamaian.
7. Tentera Islam yang berjuang di medan peperangan dilarang membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak­-kanak, wanita yang sakit dan orang yang menyerah diri.
8. Tidak dibenarkan memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tanaman dan binatang ternakan.
9. Dilarang merobohkan tempat ibadat musuh.
10. Tawanan wanita dan kanak-kanak perlu dibebaskan sementara tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri mereka.

No comments:

Post a Comment