Saturday 28 July 2012


 Perjanjian Hudaibiyah

 Bilakah termeterai perjanjian Hudaibiyah?

1. Pada tahun 628 M bersamaan 6 Hijrah

 Apakah peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada termeterai Perjanjian Hudaibiyah?
1. Orang Islam bercadang menziarahi kota Makkah.

2. Hasrat murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang juga ingin mengerjakan umrah.

3. Orang Islam Madinah telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah, kerana merasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan kekuatan orang Islam.

4. Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka.

5. Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah berikrar dan bersumpah setia "Baiah al-Ridwan".

6. Orang Quraisy menemui Nabi dan baginda menghantar Suhail bin Amru untuk berunding, setelah kata sepakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah.

 Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah?
1. Menerangkan tujuan sebenar kedatangan orang Islam ke Makkah iaitu untuk mengerjakan umrah.

 Apakah faktor-faktor Nabi Muhammad s.a.w. memilih Uthman bin Affan ke Makkah untuk berunding sekatan ke atas orang Islam di Hudaibiyah?
1. Uthman mempunyai ramai saudara mara di Makkah.
2. Sahabat nabi yang matang dan tua berbanding sahabat lain.
3. Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur.



 




 

 

No comments:

Post a Comment