Wednesday 18 July 2012



Kepentingan Hijrah                                    

Setelah berhijrah ke Madinah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu. Hijrah memberikan peluang kepada baginda untuk mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suka Aus dan Khazra, melalui semangat persaudaraan sesama Islam. Sebelum itu, mereka sering bertelagah walaupun disebabkan perkara yang kecil.


     Penghijrahan ini juga telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah. Hubungan ini terjalin melalui sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam masyarakat baru yang terbentuk di Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya telah memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar.
     Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah membina sebuah lagi masjid, iaitu Masjid al-Nabawi. Walau bagaimanapun, masjid yang pertama dibina dalam sejarah perkembangan Islam ialah Masjid Quba'. Masjid telah dijadikan tempat untuk beribadat dan belajar di samping sebagai tempat untuk bertemu dan masalah yang dihadapi oleh orang Islam. Di kawasan persekitaran masjid juga dibolehkan orang Islam mengadakan aktiviti harian seperti berjual beli.
     
     Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim hijrah ini telah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar bin al-Khattab.

     Nabi Muhammad s.a.w. telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya. Muhajirin telah memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah. 

     Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.  Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Selain itu, baginda juga tidak pernah putus asa apabila menempuh kegagalan. Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. Semasa berhijrah, baginda bersembunyi terlebih dahulu di Gua Thur dan memilih jalan ke Selatan kerana berpendapat jalan ke Madinah menerusi Utara Makkah kurang selamat. Setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda segera merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamai Piagam Madinah.

Sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang memberi sokongan padu kepada baginda:-
@ Abdul Rahman bin Auf- menyumbangkan hartanya untuk membantu masyarakat Islam yang tidak 
                                          berkemampuan
@ Asma'- membawa makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi 
                 Muhammad s.a.w. di Gua Thur





1 comment:

  1. Play Online Casino Slot machines | Kadang Pintar
    Play kadangpintar online casino slot machines in the Kadang Pintar Casino, with great bonuses and offers to play 1xbet and win. 인카지노 Kadang Pintar has

    ReplyDelete