Tuesday 31 July 2012

Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah

1. Dengan pengislaman Abu Sufian dan Abbas,orang Arab Quraisy yang lain turut memeluk agama Islam.Nabi Muhammad s.a.w memberi jaminan keselamatan kepada mereka telah menjadi faktor utama kepada kejayaan pembukaan semula kota Makkah.

2. Nabi Muhammad bertawaf (mengelilingi sambil berdoa) tujuh kali mengelilingi Kaabah dan juga berpidato dengan membaca ayat al-Quran yang mementingkan perpaduan dalam sseebuah masyarakat.

3. Amalan sifat pemaaf menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam.Nabi Muhammad s.a.w memaafkan orang Arab Quraisy yang salamanya memusuhi Islam.

4. Islam menggantikan agama menyembah berhala yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.

5. Kota Makkah merupakan kota suci umat Islam.Dengan adanya Kaaba,kota Makkah menjadi tumpuan kesemua umat Islam dari seluruh dunia untuk beribadat.

6. Peristiwaan pembukaan semula kota Makkah dikatakan sebagai pembukaan jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.

7. Nabi Muhammad s.a.w tetap menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam,manakala Makkah ialah salah sebuah wilayah Islam.

8. Nabi  Muhammad s.a.w telah berpesan kepada umat Islam bahawa bagiga telah meninggalkan pusaka(al-Quran dan sunnah) tadak akan menjadikan mereka sesat sebelum wafat (mati).

9. Nabi Muhammad s.a.w wafat (mati) pada tahun 632 M. bersamman 11 H.

   










12 comments: