Tuesday 31 July 2012

Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah

1. Dengan pengislaman Abu Sufian dan Abbas,orang Arab Quraisy yang lain turut memeluk agama Islam.Nabi Muhammad s.a.w memberi jaminan keselamatan kepada mereka telah menjadi faktor utama kepada kejayaan pembukaan semula kota Makkah.

2. Nabi Muhammad bertawaf (mengelilingi sambil berdoa) tujuh kali mengelilingi Kaabah dan juga berpidato dengan membaca ayat al-Quran yang mementingkan perpaduan dalam sseebuah masyarakat.

3. Amalan sifat pemaaf menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam.Nabi Muhammad s.a.w memaafkan orang Arab Quraisy yang salamanya memusuhi Islam.

4. Islam menggantikan agama menyembah berhala yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.

5. Kota Makkah merupakan kota suci umat Islam.Dengan adanya Kaaba,kota Makkah menjadi tumpuan kesemua umat Islam dari seluruh dunia untuk beribadat.

6. Peristiwaan pembukaan semula kota Makkah dikatakan sebagai pembukaan jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.

7. Nabi Muhammad s.a.w tetap menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam,manakala Makkah ialah salah sebuah wilayah Islam.

8. Nabi  Muhammad s.a.w telah berpesan kepada umat Islam bahawa bagiga telah meninggalkan pusaka(al-Quran dan sunnah) tadak akan menjadikan mereka sesat sebelum wafat (mati).

9. Nabi Muhammad s.a.w wafat (mati) pada tahun 632 M. bersamman 11 H.

   










Pembukaan Semula Kota Makkah

Pembukaan Semula Kota Makkah

1. Kota Makkah ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad              s.a.w dan juga tempat kelahiran agama Islam.

2. Pada tahun 622 M. Nabi Muhammad s.a.w dan orang   Islam berhijrah ke Madinah kerana dakwah Islamiah tidak diterima sepenuhnya oleh orang Quraisy.

3. Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendirikan kerajaan Islam dan akhirnya dapat menguasai semula kota Makkah pada tahun 630 M.

4. Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikhuatiri oleh orang Quraisy.Al-Abbas dan ketua Arab Quraisy,Abu Sufian memeluk Islam bukan kerana menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini.

5. Nami Muhammad s.a.w menyediakan empat pasukan tentera iaitu pasukan Khalid bin al-Walid,Abu-Ubaidah al-Jarrah,Saad bin Ubadah dan Zubair bin al-Awwan.Kempat-empat pasukan tentera masuk ke Makkah dari arah yang berlainan iaitu utara,selatan,barat dan barat daya.Taktik ini telah membawa kejayaan.

    








Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah:


  • Orang Islam berpeluang menunaikan haji yang memberikan kebebasan kepada orang Islam  untuk memasuki Makkah dan beribadat di Kaabah.
  • Nabi Muhammad s.a.w boleh merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.
  • Suku Arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai tanpa halangan daripada mana-mana pihak.
  • Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi.
  • Persetujuan orang Arab Quraisy menunjukkan mereka telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
  • Orang Quraisy mencabulinya dan hal ini telah menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah.

Saturday 28 July 2012


Kandungan Perjanjian Hudaibiyah

1. Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.

2. Kabilah Arab lain bebas memihak samada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.

3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.

4. Orang Islam Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.

5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya iaitu 7 Hijrah.

Peristiwa-peristiwa penting yang menyebabkan termeterainya Perjanjian Hudaibiyah

·       Pada tahun 628 M., Rombongan orang Islam ke Makkah untuk menunaikan umrah.

·       Mereka disekat di Hudaibiyah. Nabi Muhammad s.a.w menghanr Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka. 

·       Orang Islam mendengar khabar angin kematian Uthman telah bersumpah setia, yang dikenali sebagai Baiah al-Ridwan Orang Arab Quraisy menemui Nabi Muhammad s.a.w.

·       Nabi Muhammad s.a.w bersedia mengadakan perjanjian  dan perjanjian termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w (Islam) dengan Suhail bin Amru (Quraisy).

 Perjanjian Hudaibiyah

 Bilakah termeterai perjanjian Hudaibiyah?

1. Pada tahun 628 M bersamaan 6 Hijrah

 Apakah peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada termeterai Perjanjian Hudaibiyah?
1. Orang Islam bercadang menziarahi kota Makkah.

2. Hasrat murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang juga ingin mengerjakan umrah.

3. Orang Islam Madinah telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah, kerana merasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan kekuatan orang Islam.

4. Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka.

5. Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah berikrar dan bersumpah setia "Baiah al-Ridwan".

6. Orang Quraisy menemui Nabi dan baginda menghantar Suhail bin Amru untuk berunding, setelah kata sepakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah.

 Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah?
1. Menerangkan tujuan sebenar kedatangan orang Islam ke Makkah iaitu untuk mengerjakan umrah.

 Apakah faktor-faktor Nabi Muhammad s.a.w. memilih Uthman bin Affan ke Makkah untuk berunding sekatan ke atas orang Islam di Hudaibiyah?
1. Uthman mempunyai ramai saudara mara di Makkah.
2. Sahabat nabi yang matang dan tua berbanding sahabat lain.
3. Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur.



 




 

 


Penyebaran Islam
     
   Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pada tahun 622M. telah menimbulkan perasaan iri hati di kalangan orang Arab Quraisy. Mereka mula mencari sokongan daripada orang Yahudi dan penduduk Arab di sekitar Tanah Arab agar menghapuskan Kerajaan Islam. Nabi Muhammad s.a.w telah berhati-hati menghadapi tindak-tanduk orang Arab Quraisy.               

 Bagaimanakah Nabi Muhammmad s.a.w. menyebarkan agama Islam di Madinah?

1. Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah sekitar Semenanjung Tanah Arab.
2. Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik dalam menyebarkan Islam.
3. Menyeru untuk memeluk Islam melalui warkah sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. menghantar warkah kepada Maharaja Rom Timur.
4. Mewujudkan persefahaman dengan wilayah-wilayah luar.

 Senaraikan peperangan mengikut urutan antara orang Islam di Madinah dengan puak Quraisy Makkah.

1. Perang Badar pada tahun 624M./2H.
2. Perang Uhud pada tahun 625M./3H.
3. Perang Khandak pada tahun 627M./5H.
4. Perang Tabuk pada tahun 630M./8H.

 Apakah prinsip-prinsip peperangan mengikut ajaran Islam?

1. Peperangan dibenarkan bertujuan untuk mempertahankan agama, maruah diri dan negara.
2. Boleh dilakukan dengan keizinan Allah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.
3. Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh.
4. Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terpelihara.
5. Peperangan dalam Islam adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
6. Orang Islam harus memilih perdamaian, seandainya musuh Islam inginkan perdamaian.
7. Tentera Islam yang berjuang di medan peperangan dilarang membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak­-kanak, wanita yang sakit dan orang yang menyerah diri.
8. Tidak dibenarkan memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tanaman dan binatang ternakan.
9. Dilarang merobohkan tempat ibadat musuh.
10. Tawanan wanita dan kanak-kanak perlu dibebaskan sementara tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri mereka.