Wednesday 18 July 2012

Sebab dan Tujuan Hijrah

Dakwah Islamiah disebarkan di Makkah selama lebih kurang 13 tahun. Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu. Dalam wahyu ini, Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah telah memerintahkan baginda supaya segera berhijrah. Perintah ini yang berasakan ayat al-Quran, iaitu surah al-Anfal telah mempercepat penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke kota Madinah. Dengan perlindungan Allah, baginda dan Abu Bakar al-Siddiq selamat sampai ke Madinah.

     Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah, ancaman daripada orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam. Walaubagaimanapun, penghijrahan merupakan strategi Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengembangkan Islam. Bagi Nabi Muhammad s.a.w. suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah. Hijrah juga membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan.

     Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah adalah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik. Pada ketika itu, suku Aus dan Khazraj di Madinah sering bertelagah sesama sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai oleh orang Yahudi. Oleh itu, orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber untuk mengetuai kepimpinan mereka. Baginda juga diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan.

5 comments:

  1. Thank you for the information this helps me alot for my answer in an exam i am not studying but i am cheating wish me luck for the results!

    ReplyDelete
  2. Thankfor th3 8ñf94mà589ñ

    ReplyDelete