Sunday, 22 July 2012

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH


Bil.
Perkara
Kandungan Piagam Madinah
1.
Politik
Ø  Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin di Madinah.
Ø  Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam.
2.
Agama
Ø  Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
Ø  Mereka bebas mengamalkan adat mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.
3.
Sosial
Ø  Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara.
Ø  Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
4.
Perundangan
Ø  Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.
5.
Ekonomi
Ø  Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara.
Ø  Tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi. Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.
6.
Pertahanan
Ø  Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh luar.
7.
Kedudukan Yahudi
Ø  Keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) terjamin dan mereka mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.

KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH


Bil.
Perkara
Kandungan Piagam Madinah
1.
Politik
Ø  Merupakan model kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan semasa menjalankan pemerintahan berasaskan Islam dan diterima pakai oleh semua golongan masyarakat.
Ø  Unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
2.
Ekonomi
Ø  Amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan malah sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah telah digalakkan
Ø  Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
3.
Sosial
Ø  Berjaya membentuk masyarakat baru berasakan ummah, semangat ukhuwah Islamiah iaitu kedudukan rakyat adalah sama dan keadilan sosial dipraktikkan bagi membolehkan masyarakat hidup bersatu padu dan aman.
Ø  Tiada lagi perbezaan taraf dalam kalangan masyarakat. Menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam serta semangat perpaduan, bantu-membantu dan rela berkorban.
4.
Perundangan
Ø  Mempunyai undang-undang yang adil, lengkap dan sempurna kepada masyarakat Madinah daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama.
Ø  Meyusun perlembagaan negara terlebih dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintah.
Ø  Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi.
5.
Pertahanan
Ø  Menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik dengan setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan dan perlu mematuhinya.
Ø  Bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar untuk menjadikan negara Madinah kuat dan disegani olen negara luar.

Thursday, 19 July 2012

Piagam Madinah


 














Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 M.,berpandukan wahyu Allah.
Piagam Madinah menjadi asas pemerintah kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. Piagam ini mencatatkan tentang peraturan,tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya,serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin Ansar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan suku Arab yang lain). Kandungan Piagam Madinah ini lengkap,menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Piagam ini daripada Nabi Muhammad s.a.w. antara orang-orang beriman dan yang memeluk Islam yang terdiri daripada orang Quraisy, Yathrib dan orang yang mengikut mereka  mempersatukan diri dan berjuang bersama-sama mereka.

Fasal 1
Sesungguhnya mereka terdiri daripada satu ummah yang bebas daripada pengaruh dan  kekuasaan
manusia lainnya.

Fasal 2
Orang Muhajirin yang terdiri daripada Quraisy mempunyai hak mereka, saling tanggung menanggung membayar dan menerima wang tebusan darah (diyat) antara mereka kerana suatu pembunuhan,dengan cara yang baik dan adil antara orang beriman.
  
Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman. 

Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. 

Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. 

Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. 

Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. 

Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. 

Fasal 10
Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman

Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman

Fasal 12
Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.   

Fasal 12-b
Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.

Fasal 13
Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka. 

Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin. 

Fasal 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.

Fasal 16
Bahawa sesungguhnya kaum Yahudi yang setia kepada negara kita (Madinah) berhak mendapat bantuan dan perlindungan,tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan daripada pergaulan umum.

Fasal 17
Tidak diperkenankan,segolongan orang beriman membuat perjanjian tanpa disertai segolongan lain di dalamnya suatu peperangan di jalan Allah kecuali atas dasar persamaan dan adil antara mereka.

Fasal 18
Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.

Fasal 19
Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah. 

Fasal 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.  

Fasal 20-b
Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya) 

Fasal 21
Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup (alasan yang membolehkan pembunuhan itu berlaku) hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya. 

Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat. 

Fasal 23
Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad

Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperan

Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendir

Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. 

Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. 

Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. 

Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. 

Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. 

Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri. 

Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah) 

Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan. 

Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu. 

Fasal 35
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri. 

Fasal 36
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.  

Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini. 

Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.  

Fasal 37-b
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi. 

Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang 

Fasal 39
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini 

Fasal 40
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa. 

Fasal 41
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri. 

Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya 

Fasal 43
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya. 

Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya. 

Fasal 45
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam). 

Fasal 46
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya. 

Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.

Sumber: Hassan Ibrahim Hassan,1986
  

Wednesday, 18 July 2012



Kepentingan Hijrah                                    

Setelah berhijrah ke Madinah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu. Hijrah memberikan peluang kepada baginda untuk mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suka Aus dan Khazra, melalui semangat persaudaraan sesama Islam. Sebelum itu, mereka sering bertelagah walaupun disebabkan perkara yang kecil.


     Penghijrahan ini juga telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah. Hubungan ini terjalin melalui sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam masyarakat baru yang terbentuk di Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya telah memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar.
     Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah membina sebuah lagi masjid, iaitu Masjid al-Nabawi. Walau bagaimanapun, masjid yang pertama dibina dalam sejarah perkembangan Islam ialah Masjid Quba'. Masjid telah dijadikan tempat untuk beribadat dan belajar di samping sebagai tempat untuk bertemu dan masalah yang dihadapi oleh orang Islam. Di kawasan persekitaran masjid juga dibolehkan orang Islam mengadakan aktiviti harian seperti berjual beli.
     
     Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim hijrah ini telah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar bin al-Khattab.

     Nabi Muhammad s.a.w. telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya. Muhajirin telah memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah. 

     Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.  Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Selain itu, baginda juga tidak pernah putus asa apabila menempuh kegagalan. Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. Semasa berhijrah, baginda bersembunyi terlebih dahulu di Gua Thur dan memilih jalan ke Selatan kerana berpendapat jalan ke Madinah menerusi Utara Makkah kurang selamat. Setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda segera merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamai Piagam Madinah.

Sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang memberi sokongan padu kepada baginda:-
@ Abdul Rahman bin Auf- menyumbangkan hartanya untuk membantu masyarakat Islam yang tidak 
                                          berkemampuan
@ Asma'- membawa makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi 
                 Muhammad s.a.w. di Gua Thur