Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua
Pada tahun 621M., sekumpulan orang Arab Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Kharaj telah mengunjungi Nabi Muhammad sekali lagi dan terjalinlah perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Aqabah Pertama.
Kandungan Perjanjian Aqabah Pertama:
- Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
- Mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
- Mereka tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak dan
membunuh bayi perempuan
Selepas Perjanjian Aqabah Pertama , Nabi Muhammad s.a.w. menghantar pendakwah Islam, iaitu Mus'ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam.
Pada tahun 622M., Perjanjian Aqabah Kedua ditandatangani antara Nabi Muhammad s.a.w. dan suku Aus dan Khazraj.
Isi Perjanjian Aqabah Kedua:
- Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
- Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam di Makkah berhijrah ke
Madinah
- Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan untuk baginda dan
orang Islam Makkah serta menyatakan kesediaan mempertahankan Islam
No comments:
Post a Comment